birthday

Daisypath Happy Birthday tickers

waniey here

welcome

Tuesday 5 May 2015

Mahasiswa yang Cemerlang


Mahasiswa merupakan aset penting dan bakal meneraju kepimpinan negara pada masa akan datang. Bagi memastikan matlamat menjadi kenyataan mahasiswa perlu sedar dan mengamalkan tindakkan yang akanmembawa mereka ke arah kecemerlangan. Terdapat beberapa tips untuk menjadi Mahasiswa cemerlang yang boleh diketengahkan.

  • Bersikap Optimis

Mahasiswa yang cemerlang sentiasa yakin pada potensi diri sendiri untuk boleh menempah kejayaan dalam pendidikan. Keyakinan ini akan member suntikan semangat dalaman pada diri anda sendiri. Katakan 'aku pasti BOLEH!'

  • Jangan Bersikap Pesimistik

Mahasiswa cemerlang tidak bersikap pesimistik iaitu sentiasa putus harapan dan mengalah sebelum mula berjuang. Jangan lemahkan semangat anda sendiri. Jangan meramalkan kekalahan sebelum mula berperang. Kalau anda tidak mencuba maka kekalahan sebenarnya sudah pasti dalam tangan. Belum cuba belum tahu.

  • Kesedaran Memikul Tanggungjawab

Mahasiswa yang cemerlang mempunyai kesedaran dan kesediaan untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang Mahasiswa yang menjadi harapan agama, bangsa, negara, keluarga dan masyarakat pada masa akan datang. Maruah keluarga, masyarakat dan Negara pada masa akan datang bergantung pada generasi muda masa kini. Mahasiswa yang cemerlang ialah pelajar yang sedar hakikat ini. Mereka yang menyedari hakikat ini sudah pastiakan berusaha lebih gigih agar matlamat tersebut tercapai.

  • Tumpun Sepenuh Hati  

Mahasiswa yang cemerlang memerikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran semasa mengikuti pengajaran Pensayrah di kuliah. Sikap main-main sambil belajar adalah sikap Mahasiswa yang kurang berjaya. Mahasiswa yang suka ponteng kuliah adalah mereka yang bakal menjadi orang yang dipermainkan oleh golongan 'berjaya' pada suatu masa kelak. Malah lebih malang kalau suatu hari nanti mereka dipermainkan oleh golongan tidak terpelajar seperti mereka sendiri.

  • Mulakan dari Awal

Mahasiswa yang cemerlang membuat persediaan awal apabila akan menghadapi peperiksaan tidak kira samaada tugasan & peperiksaan akhir semester. Persediaan awal akan membezakan pelajar yang Berjaya dengan yang bakal gagal. Persediaan awal ini termasuklah mengadakan ulangkaji, berbincang dengan rakan-rakan, meminta nasihat pensyarah, meneliti buku-buku  model jawapan dan sebagainya lagi. Jangan jadi 'bidanterjun' kedewan peperiksaan.

  •  Sentiasa Bersedia

Mahasiswa yang cemerlang sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang bentuk tugasan, ujian atau peperiksaan yang bakal diadakan oleh pihak Universiti. Mahasiswa yang Berjaya ialah pelajar yang sanggup dan mampu menghadapi peperiksaan bila-bila masa sahaja. Bersediakah anda andainya peperiksaan diadakan esok? Mahasiswa cemerlangakan berkata 'Ya!' Kalau anda peminat 'The Rock' anda akan berkata 'Just bring it on..!'

  • Lengkapkan Persiapan

Mahasiswa yang cemerlang menyediakan keperluan peralatan belajar yang mencukupi seperti buku-buku rujukan, buku latihan, alat-alat tulis, nota-nota ringkas, dan sebagainya lagi. Semangat sahaja tidak mencukupi untuk mencapai kejayaan. Kelengkapan yang tidak cukup akan menyusahkan pembelajaran dan mungkin memanaskan hati anda atau melemahkan.

No comments:

Post a Comment